Cari:
China Galak Transformasi Industri Tenaga
2014-12-26 13:54:48 CRI Cetak

Kerajaan China akan melaksanakan tujuh pendekatan utama bagi menggalakkan transformasi dan penaiktarafan industri sumber tenaga, di samping membentuk sistem sumber tenaga moden yang lebih selamat, stabil, pelbagai dan bersih. Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara merangkap Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Sumber Tenaga Negara (NEA), Wu Xinxiong, semalam.

Jelas beliau, antara tujuh pendekatan itu termasuk merangka perancangan strategik sumber tenaga dalam jangka panjang dan sederhana, meningkatkan keefisienan penggunaan tenaga, mengoptimumkan struktur tenaga, menggalakkan inovasi teknologi, membaharui sistem dan mekanisme yang berkaitan, memastikan keselamatan sumber tenaga dan memperbaiki perkhidmatan NEA.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China