Cari:
Rizab Antarabangsa Rusia Merudum
2014-12-26 16:09:38 CRI Cetak

Rizab antarabangsa Rusia menurun USD 15.7 bilion kepada USD 398.9 bilion dalam masa seminggu setakat 19 Disember lalu. Angka ini buat pertama kalinya menurun ke bawah paras USD 400 bilion dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Demikian daripada statisik yang dikeluarkan oleh bank pusat Rusia pada 25 Disember.

Rizab antarabangsa Rusia mencatatkan USD 598 bilion pada tahun 2008 dan USD 509.5 bilion pada awal tahun ini.

Menurut penganalisis, rizab antarabangsa Rusia menurun secara konsisten berikutan beberapa faktor termasuk sekatan yang dikenakan negara Barat, penarikan balik modal asing, turunnya harga petroleum serta penyusutan nilai mata wang domestik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China