Cari:
China Harap Hubungan Baik dengan India, Nepal Dikekalkan
2014-12-27 15:51:20 CRI Cetak

China menganggap India dan Nepal sebagai jiran yang penting, dan berharap hubungan dengan kedua-dua negara itu dapat terus berkembang secara sihat. Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang akhbar selepas rundingan dengan rakan sejawatnya dari Nepal, Mahendra Bahadur Pandey, di Kathmandu semalam.

Wang berkata, hubungan China-India mengekalkan momentum yang baik pada masa ini. Kedua-dua negara sedang mengadakan kerjasama dalam bidang yang amat luas. China juga berbesar hati melihat hubungan antara Nepal dan India berkembang dengan lebih baik.

Tambah beliau, Nepal yang terletak di antara China dan India, mempunyai kedudukan geografi yang istimewa. China berharap Nepal memainkan peranan sebagai jambatan untuk mendorong perkembangan hubungan China dengan India, malah pelbagai negara di rantau Asia Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China