Cari:
Xi Gesa Pembangunan Sistem Politik di HK Teratur, Ikut Undang-undang
2014-12-27 16:50:19 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menggesa supaya pembangunan sistem politik di Hong Kong dijalankan dengan teratur mengikut undang-undang.

Gesaan itu dibuat oleh beliau dalam pertemuan dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Leung Chun-ying, di Beijing petang semalam.

Presiden Xi mendengar taklimat berhubung situasi semasa di Hong Kong dan kerja-kerja pentadbiran wilayah ini.

Beliau menyatakan, kerajaan pusat memberi pengikhtirafan sepenuhnya terhadap usaha yang dilakukan oleh Leung Chun-ying dan kerajaan pimpinan beliau untuk menggalakkan pembaharuan politik berdasarkan undang-undang, memajukan ekonomi, memperbaiki kesejahteraan rakyat, serta memelihara kedaulatan undang-undang dan kestabilan Hong Kong.

Xi turut menegaskan bahawa kerajaan pusat dengan tegas menyokong usaha kerajaan Hong Kong untuk mengembangkan sistem politik Hong Kong berdasarkan Undang-undang Asas dan peraturan berkenaan yang diluluskan Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China. Dalam pada itu, pembangunan sistem politik wilayah ini mesti dilaksanakan berdasarkan keadaan sebenar Hong Kong mengikut undang-undang, selain perlu bermanfaat bagi kesejahteraan penduduk tempatan, kemakmuran dan kestabilan masyarakat serta berfaedah bagi memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China