Cari:
Dunia Peringati Tsunami Lautan Hindi
2014-12-27 17:00:06 CRI Cetak

Negara-negara yang terlibat dengan bencana tsunami dahsyat di Lautan Hindi pada tahun 2004, semalam mengadakan upacara keagamaan bagi memperingati mangsa-mangsa tragedi itu.

Di Indonesia, satu majlis rasmi bagi memperingati bencana itu diadakan di Banda Aceh, wilayah yang paling teruk terjejas oleh tsunami 2004. Naib Pre­siden Indonesia, Jusuf Kalla yang turut hadir, mengucapkan terima

kasih atas penglibatan tokoh-tokoh pelbagai kalangan masyarakat dari dalam dan luar negara dalam bantuan bencana dan pembangunan semula di wilayah berkenaan.

Kerajaan Thailand turut me­ng­adakan upacara memperingati ben­cana tsunami itu di wilayah Phang Nga. Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha pada upacara itu berkata, sistem amaran awal tsunami dan mekanisme penyelamatan yang cekap telah dibentuk di Thailand bagi menjamin keselamatan rakyat Thailand dan semua pelancong asing.

India juga menganjurkan upa­cara di kawasan bencana utama bagi memperingati seramai 20 ribu rakyat negara itu yang terkorban dalam tsunami tersebut.

Gempa bumi kuat yang berlaku di perairan berhampiran Pulau Sumatera, Indonesia pada 26 Disember 2004 mengakibatkan bencana tsunami dahsyat, yang turut menjejaskan banyak negara di Asia Tenggara dan timur Afrika. Bencana itu mengorbankan lebih 200 ribu orang, selain mengakibatkan beratus-ratus ribu kehilangan tempat tinggal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China