Cari:
Jarum Suntikan Tidak Steril, 165 di Kemboja Dijangkiti HIV
2014-12-27 17:03:58 CRI Cetak

Pegawai Kemboja semalam mengesahkan, sekurang-kurangnya 165 orang dari tiga kampung di wilayah Battambang, barat laut negara itu dijangkiti virus HIV, yang berkemungkinan berkaitan dengan penggunaan jarum suntikan yang tidak disteril.  

Menurut pegawai itu, semua pesakit tersebut pernah menerima rawatan secara suntikan oleh doktor yang sama. Doktor itu telah ditahan polis kerana menggunakan jarum suntikan yang sama sehingga menyebabkan penularan virus HIV.

Pihak pendakwa raya wilayah Battambang menuduh doktor yang berusia 56 tahun itu menyebarkan virus HIV dengan sengaja, membunuh dengan cara yang kejam dan memberi perkhidmatan perubatan tanpa lesen. Jika sabit kesalahan, doktor itu bakal berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China