Cari:
Internet, Rangkaian 3G DPRK Lumpuh
2014-12-28 16:16:23 CRI Cetak

Perkhidmatan internet dan rangkaian mudah alih 3G di Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) lumpuh malam semalam.

Suruhanjaya Pertahanan DPRK dalam kenyataan semalam, menafikan pihaknya terlibat dalam serangan siber terhadap studio perfileman, Sony Pictures Entertainment (SPE), dan mendakwa perkhidmatan internet negara itu terputus pada masa kebelakangan ini akibat serangan siber yang dilancarkan oleh AS.

Menurut kenyataan itu, AS tidak berasas sama sekali mengaitkan DPRK dengan serangan siber berkenaan. Pada hakikatnya, AS sedang bertindak mengganggu perkhidmatan rangkaian DPRK.

Perkhidmatan internet di DPRK sering terputus sejak penghujung minggu lepas, malah lumpuh pada pukul 2 pagi 23 Disember lalu sebelum pulih pada pukul 11 pagi.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China