Cari:
China Tarik Pelaburan Asing USD 120 Bilion pada Tahun 2014
2014-12-30 14:52:30 CRI Cetak

Pelaburan asing di China stabil dan dijangka mencatat USD 120 bilion pada tahun 2014. Demikian dinyatakan Ketua Bahagian Pelaburan Asing Kementerian Perdagangan China, Tang Wenhong, di Beijing semalam.

Ketika diwawancara oleh wartawan semasa Sidang Kerja Perdagangan Negara China berlangsung, Tang Wenhong menyatakan bahawa situasi pelaburan dan daya saing untuk menarik pelaburan di seluruh dunia tidak banyak berubah. China masih mempunyai kelebihan dalam sistem undang-undang, persekitaran perniagaan, sokongan industri dan mutu tenaga pekerja.

Tang Wenhong menyatakan bahawa China sedang memperbaiki persekitaran pelaburan dan mewujudkan persekitaran perdagangan yang lebih rasional, telus dan boleh dijangka untuk menarik pelaburan asing pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China