Cari:
Rondaan Kapal Polis Marin China di Pulau Diaoyu demi Kedaulatan Negara
2014-12-31 14:15:29 CRI Cetak

Rondaan kapal polis marin China di kawasan perairan Pulau Diaoyu adalah demi menjaga kedaulatan negara dan berdasarkan undang-undang. Demikian nyata jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying.

Dalam sidang media semalam, wartawan meminta ulasan pihak China terhadap laporan mengenai dua kapal perang China yang belayar di kawasan perairan berjarak 70 kilometer dari Pulau Diaoyu pada pertengahan bulan Disember lalu dan tiga kapal polis marin China yang belayar di kawasan perairan Pulau Diaoyu pada pagi semalam.

Hua Chunying menyatakan bahawa pelayaran dan latihan kapal perang Tentera Laut China di kawasan perairan tersebut bersesuaian dengan undang-undang antarabangsa. Beliau berharap negara berkenaan menghormati kebebasan pelayaran dan penerbangan yang dinikmati kapal dan pesawat Tentera Laut China berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Hua Chunying menegaskan bahawa Pulau Diaoyu dan pulau-pulau di sekitarnya adalah wilayah China sejak zaman kuno. Kapal polis marin China meronda di kawasan perairan berkenaan adalah demi menjaga kedaulatan negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China