Cari:
UNSC Gagal Luluskan Draf Resolusi Mendesak Israel Hentikan Pencerobohan ke atas Wilayah Palestin
2014-12-31 15:39:51 CRI Cetak

Majlis Keselamatan PBB(UNSC) mengadakan pengundian mengenai draf resolusi yang mendesak Israel menghentikan pencerobohan ke atas wilayah Palestin semalam, namun draf tersebut tidak diluluskan.

Keputusan pengundian itu dengan lapan undi setuju termasuk Perancis, China, Jordan dan Rusia, manakala A.S. dan Australia menentang dan terdapat lima undi berkecuali. Majlis Keselamatan PBB mempunyai 15 anggota, dan sekiranya draf resolusi berkenaan hendak diluluskan mestilah mendapat sekurang-kurangnya sembilan undi setuju dan tidak ada undi yang menentang.

Menurut draf resolusi tersebut, rancangan penyelesaian secara damai dan adil, kekal dan menyeluruh dicapai dalam tempoh setahun selepas draf resolusi itu diluluskan agar pencerobohan Israel ke atas wilayah Palestin sejak tahun 1967 dapat dihentikan. Draf resolusi itu menuntut tentera Israel berundur dari wilayah Palestin menjelang tahun 2017 dan menghentikan semua pembinaan pusat penempatan Yahudi di wilayah Palestin termasuk di Baitulmaqdis timur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China