Cari:
Sektor Perkilangan Hadapi Tekanan dalam Usaha Penstrukturan Semula di China
2015-01-01 14:22:20 CRI Cetak

Menurut laporan yang diumumkan oleh Biro Statistik Negara China, Indeks Pengurus Pembelian(PMI) bagi sektor perkilangan pada bulan Disember lalu telah menurun 0.2% dengan mencatat 50.1%, manakala PMI bukan perkilangan pula naik 0.2% dengan mencatat 54.1% pada masa yang sama.

Ahli statistik Pusat Penyelidikan Industri Perkhidmatan Biro Statistik Negara, Zhao Qinghe, ketika menjelaskan data-data tersebut menyatakan bahawa fenomena tersebut telah memperlihatkan sektor perkilangan masih menghadapi tekanan besar dalam usaha penstrukturan semula, di samping itu industri perkhidmatan pula terus mengekalkan peningkatan pesat dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Secara keseluruhan, penstrukturan semula ekonomi China masih berjalan dengan stabil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China