Cari:
China Harap Jepun Hormati Fakta Sejarah
2015-01-01 13:27:14 CRI Cetak

Pemimpin veteran China dan Jepun pernah mencapai persefahaman dan persepakatan untuk menangani isu Pulau Diaoyu dengan baik. China berharap pihak Jepun meneliti sejarah, menghormati fakta dan memberikan sumbangan kepada usaha mengurus dan menyelesaikan isu Pulau Diaoyu dengan sempurna.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam semasa memberi respons terhadap dokumen rahsia yang didedahkan Balai Arkib Britain pada 30 Disember tahun 2013 mengenai catatan pertemuan kemuncak Britain dan Jepun pada 20 September tahun 1982. Perdana Menteri Jepun pada masa itu, Zenko Suzuki, ketika menemui rakan sejawatnya dari Britain, Margaret Hilda Thatcher menyatakan Jepun dan China telah mencapai persefahaman dan persepakatan mengenai isu Pulau Diaoyu. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memelihara situasi sedia ada. Keadaan ini membuktikan China dan Jepun pernah mencapai persefahaman dan persepakatan mengenai isu Pulau Diaoyu.

Hua Chunying menyatakan bahawa pendirian China dalam isu Pulau Diaoyu amat jelas. Ketika China dan Jepun menjalinkan hubungan diplomatik dan menandatangani perjanjian perdamaian dan persahabatan, pemimpin veteran kedua-dua negara telah mempertimbangkan isu Pulau Diaoyu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China