Cari:
Kumpulan Kerja Kejadian Rempuhan Shanghai Ditubuhkan
2015-01-01 15:10:05 CRI Cetak

Menurut maklumat terkini daripada kerajaan Shanghai, kejadian rempuhan yang berlaku di Waitan, kawasan Huangpu pada malam semalam telah mengakibatkan 35 orang maut, manakala bilangan mangsa yang cedera meningkat kepada 48 orang.

Kerajaan Shanghai mendedahkan bahawa 14 orang yang cedera parah dan 32 orang yang cedera sedang menerima rawatan di hospital dan 2 lagi yang cedera ringan telah dibawa pulang ke rumah.

Kerajaan Shanghai telah menubuhkan kumpulan kerja yang diketuai Datuk Bandar Shanghai, Yang Xiong, untuk menguruskan kejadian itu.

Pertunjukan lampu yang dijadualkan diadakan pada malam ini di Pusat Shanghai, gedung yang paling tinggi di China telah dibatalkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China