Cari:
Kesatuan Ekonomi Eropah Asia Mula Beroperasi
2015-01-02 12:34:49 CRI Cetak

Kesatuan Ekonomi Eurasia(EEU), program integrasi ekonomi dalam Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS) yang diketuai Rusia telah beroperasi secara rasmi semalam. Sejak itu, warga negara dari tiga buah negara termasuk Rusia, Belarus dan Kazakhstan tidak perlu lagi meminta permit kerja dalam negara anggota kesatuan tersebut.

Armenia menganggotai kesatuan tersebut secara rasmi bermula hari ini, manakala Kyrgyzstan pula akan menjadi negara anggota kesatuan tersebut secara rasmi pada 1 Mei nanti.

Presiden Rusia, Vladimir Putin, sebelum ini pernah menyatakan bahawa EEU dibuka kepada semua negara jiran, bukan kepada negara CIS semata-mata, sebaliknya juga terbuka kepada rakan kerjasama Rusia di timur dan di barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China