Cari:
A.S. Kenakan Sekatan terhadap Syarikat dan Individu DPRK
2015-01-03 14:58:29 CRI Cetak

Presiden A.S., Barack Obama mengeluarkan arahan petang semalam untuk mengenakan sekatan terhadap tiga syarikat dan 10 individu Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) berikutan "tindakan provokasi" DPRK, khususnya kejadian Syarikat Sony menjadi sasaran penggodam.

Menurut arahan Obama tersebut, Biro Am Peninjauan DPRK, Syarikat Perdagangan Pembangunan Perlombongan DPRK, Syarikat Perdagangan Tangun DPRK serta beberapa wakil badan tersebut ke luar negara dan pegawai kerajaan DPRK dimasukkan dalam senarai sekatan itu. Mereka dilarang menggunakan sistem kewangan A.S. dan warga A.S. juga dilarang berniaga dengan mereka.

Rumah Putih menyatakan bahawa kerajaan DPRK merupakan dalang dalam serangan godam terhadap syarikat Sony Picture. Sekatan terhadap DPRK merupakan tindakan balas kerajaan A.S..

Namun, DPRK menafikian dakwaan itu dan menuntut A.S. meminta maaf kepada DPRK di samping mengemukakan cadangan menjalankan siasatan bersama dengan A.S..

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China