Cari:
Laluan Jentera Bomba Terhalang Punca Kelewatan Pemadaman Kebakaran di Harbin
2015-01-04 14:41:40 CRI Cetak

Kebakaran yang berlaku di bandar Harbin provinsi Heilongjiang China pada 2 Januari lalu telah terkawal sekarang. Kebakaran itu mengakibatkan lima ahli bomba terkorban dan 14 lagi cedera. Pakar menganalisi bahawa laluan terhalang sehingga jentera dan perkakas bomba tidak dapat menghampiri kawasan yang berlaku kebakaran merupakan punca kebakaran itu berlarutan dalam tempoh yang lama. Sekarang kebanyakan mangsa yang cedera berada dalam keadaan yang stabil dan pakar terkenal China akan memberikan rawatan kepada mereka.

Menurut statistik peringkat awal, bencana kebekaran itu melibatkan kawasan seluas kira-kira 11 ribu meter persegi, bangunan yang runtuh seluas 3,000 meter persegi, seramai lebih 2,000 orang daripada 549 buah keluarga telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China