Cari:
Bank Pusat Eropah Mungkin Laksanakan Dasar Pelonggaran Kuantitatif
2015-01-04 15:41:49 CRI Cetak

Berikutan kawasan Euro menghadapi risiko deflasi, Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Draghi ketika diwawancara media Jerman menyatakan bahawa Majlis Tadbir Urus bagi Bank Pusat Eropah telah mencapai persepakatan yang berprinsip mengenai langkah berkenaan. Bank pusat itu sedang menyemak semula dasar yang akan dilaksanakan yang melibatkan skop, tarikh pengumuman dan isi kandungan dari segi teknikal. Langkah tersebut adalah untuk mengatasi inflasi pada tahap rendah dalam jangka masa yang panjang.

Perkataan Draghi tersebut memberi isyarat Bank Pusat Eropah mungkin akan melaksanakan dasar pelonggaran kuantitatif. Serentak itu, walaupun persepakatan berkenaan telah dicapai, namun masih wujud perselisihan tentang tarikh pengumuman dasar rangsangan baharu itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China