Cari:
Presiden Xi Ucap Takziah kepada Hollande
2015-01-09 11:37:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden China, Xi Jinping menghantar perutusan takziah kepada Presiden Perancis, Francois Hollande atas serangan di ibu pejabat majalah mingguan Charlie Hebdo di Paris. Beliau mengutuk serangan tersebut dan turut menyampaikan rasa simpati dan duka cita kepada keluarga mangsa berkenaan.

Xi menyatakan bahawa keganasan merupakan musuh bersama seluruh umat manusia dan juga ancaman bersama bagi seluruh masyarakat antarabangsa, termasuk China dan Perancis. China dengan tegas menentang apa-apa juga bentuk keganasan dan bersedia mengintensifkan kerjasama dengan Perancis serta negara-negara lain dalam bidang keselamatan dan antikeganasan demi ketenteraman dunia dan keselamatan rakyat di semua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China