Cari:
A.S. Undang Negara Sekutu Bincang Usaha Antikeganasan
2015-01-12 14:29:43 CRI Cetak

Setiausaha Kehakiman A.S., Eric Holder menyatakan di Paris semalam, sejak serangan keganasan berlaku di Paris, A.S. memutuskan untuk mengundang negara-negara sekutunya mengadakan sidang kemuncak antikeganasan bagi membincangkan usaha memerangi kumpulan pelampau dan pengganas, pada 18 Februari ini di Washington.

Sebelum ini, Eric Holder mengadakan sidang antikeganasan dengan 10 Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri negara Eropah di Perancis.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve turut mengumumkan kenyataan bersama selepas sidang tersebut. Menurut beliau, negara-negara yang menyertai sidang itu akan memperhebat usaha antikeganasan. Mereka menekankan perlukan untuk bekerjasama dengan pihak pengendali internet supaya dapat mengenal pasti dan menghapuskan maklumat yang menghasut atau mencetuskan serangan keganasan dengan segera. Negara-negara tersebut juga memutuskan untuk meningkatkan pemantauan dan pengawalan di sempadan EU bagi mencegah warganegara masing-masing daripada menyertai peperangan di Asia Barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China