Cari:
White House Mengaku Salah
2015-01-13 14:01:25 CRI Cetak

White House AS mengeluarkan kenyataan mengaku salah kerana tidak menghantar pegawai peringkat tinggi untuk menyertai perarakan antikeganasan di Perancis berikutan tindakan itu dikritik oleh rakyat negara itu.

Jurucakap White House, Josh Ernest berkata, "Saya berpendapat bahawa kami memang patut menghantar seorang pegawai kanan. Walau bagaimanapun, rakyat dan kerajaan AS tetap bergandingan bahu dengan Perancis dan memberikan sokongan kepada negara sekutu kita."

Setiausaha Negara AS, John Kerry dalam rangka lawatan ke India dan Pakistan mengumumkan akan tiba di Paris pada 15 Januari nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China