Cari:
Jerman Tingkatkan Usaha Banteras Keganasan
2015-01-15 15:22:05 CRI Cetak

Kabinet Jerman meluluskan draf undang-undang penukaran kad identiti semalam dan pelampau agama yang disyaki mengancam keselamatan negara itu dilarang ke luar negara.

Menurut draf undang-undang itu, kad identiti pelampau agama yang disyaki akan menyertai kegiatan keganasan di luar negara akan diambil oleh kerajaan, dan digantikan dengan kad identiti yang baharu. Selain itu, mereka dilarang ke luar negara.

Sejak 2012, lebih kurang 550 warga Jerman telah menyertai aktiviti kumpulan Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq. Antaranya, 180 telah kembali ke Jerman dan dianggap ancaman bagi keselamatan negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China