Cari:
AS Mengesahkan Video Kumpulan al-Qaeda
2015-01-15 12:24:40 CRI Cetak

Jurucakap Jabatan Negara AS, Marie Harf semalam menyatakan bahawa badan perisikannya telah mengenal pasti video mengenai kumpulan al-Qaeda cawangan Semenanjung Arab yang mendakwa melakukan serangan ganas di Perancis memang disiarkan oleh kumpulan itu, namun sama ada kumpulan tersebut ada kaitan dengan serangan tersebut masih belum dapat dikenal pasti.

Menurut Marie Harf, pihaknya berpendapat serangan itu berikutan hasutan beberapa kumpulan pengganas sejak sekian lama. Pihaknya sedang menyiasat pengganas terbabit dari kumpulan mana.

Kumpulan al-Qaeda cawangan Semenanjung Arab semalam menyiarkan video yang menyebut pihaknya merancang dan memberikan dana dalam serangan di Perancis. Ini kali pertama kumpulan pengganas mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China