Cari:
China Kurangkan Pemegangan Hutang Negara A.S. USD 2.3 Bilion
2015-01-17 15:57:56 CRI Cetak

Menurut statistik Jabatan Perbendaharaan A.S. semalam, China mengurangkan pemegangan hutang negara A.S. sebanyak USD 2.3 bilion pada November lalu. 
         China memegang hutang negara A.S. sebanyak USD 1.2504 trilion pada November lalu, angka ini menurun 2.3 bilion berbanding Oktober lalu. Manakala, negara pemegang hutang kedua terbesar bagi A.S., Jepun menambah pemegangan hutang sebanyak USD 19.1 bilion dan kini memegang USD 1.2415 trilion pada November lalu.
       Setakat penghujung November lalu, negara-negara pemegang utama hutang A.S. memiliki hutang sebanyak USD 6.112 trilion.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China