Cari:
AS dan Britain Enggan Tingkatkan Sekatan terhadap Iran Semasa Rundingan
2015-01-17 14:55:37 CRI Cetak

AS dan Britain menentang untuk meningkatkan sekatan terhadap Iran semasa berunding dengan negara itu.

Presiden AS, Barack Obama dan Perdana Menteri Britain, David Cameron menyatakan pendirian itu setelah mengadakan rundingan di White House semalam.

Menurut Obama, mencapai satu perjanjian "yang boleh diperiksa" dengan Iran melalui rundingan merupakan sasaran yang dihasratkan pelbagai pihak. Mengenakan sekatan lanjut terhadap Iran dalam tempoh rundingan akan menjejaskan perpaduan masyarakat antarabangsa. Tegasnya, beliau akan memveto usul sekatan yang diserahkan oleh kongres.

Cameron pula berkata, Britain dan AS bertegas menghalang Iran daripada membangunakn senjata nuklear. Saluran paling baik demi mewujudkan matlamat itu ialah menggalakkan rundingan damai mencapai kejayaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China