Cari:
Dasar Pengembalian Cukai Dilaksanakan di China
2015-01-17 15:11:41 CRI Cetak

Kemeneterian Kewangan China mengeluarkan pengumuman bahawa dasar pengembalian cukai apabila meninggalkan China dilaksanakan di seluruh negara.

Ini menandakan pelancong seberang laut boleh mendapat pengembalian cukai nilai tambahan ketika meninggalkan China.

China melaksanakan projek perintis di provinsi Hainan pada 1 Januari tahun 2011. Berbeza dengan Hainan, dasar terkini diubahsuai dalam tiga aspek: pertama memperluas pelabuhan, iaitu berdasarkan pelabuhan udara, ditambahkan pula pelabuhan laut dan darat. Kedua, memperluas kategori barangan yang menikmati dasar ini, iaitu dari 21 jenis barangan kepada kesemua barangan, kecuali barangan yang dilarang atau dihadkan dibawa keluar sempadan, dan barangan bebas cukai nilai tambahan. Dan ketiga menurunkan bayaran minimun dari RMB 800 kepada RMB 500.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China