Cari:
IS Bebaskan 200 Orang Umat Yazidi
2015-01-18 16:07:35 CRI Cetak

Menurut pihak tentera Kurd Iraq, pertubuhan pelampau "Negara Islam" (IS) membebaskan lebih kurang 200 orang umat Yazidi di utara Iraq semalam.

Dimaklumkan bahawa IS membebeskan lebih kurang 200 orang umat Yazidi yang diculik pada masa dahulu dan kebanyakan mereka merupakan warga tua.

Dalam pada itu, kumpulan bersenjata Kurd menerima tebusan tersebut dan menempatkan mereka di sebuah pusat perubatan untuk memberikan rawatan kepada mereka.

Yazidi yang kebanyakan tinggal di utara Iraq merupakan sebuah kaum minoriti di negara itu. Setelah IS menduduki kampung Yazidi pada Ogos lalu, ramai umat Yazidi dibunuh atau diculik, manakala beribu-ribu orang terpaksa meninggalkan kampung mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China