Cari:
Lawatan Menteri Luar China ke Afrika Berhasil
2015-01-18 15:26:23 CRI Cetak

China akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan Afrika. Demikian dikatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi di Kimshasa Jumaat lalu. Beliau baru menyelesaikan lawatannya ke lima negara di Afrika.

Menurutnya, China yang sedang berusaha untuk mewujudkan masyarakat kaya, modenisasi negara sosialis dan kebangkitan semula negara, mempunyai hala tuju pembangunan yang hampir sama dengan pelbagai negara Afrika. Kerjasama China-Afrika bukan sahaja kompenen penting dalam kerjasama Selatan-Selatan, tetapi juga dapat meningkatkan kekuatan negara-negara membangun dan menjadikan perbandingan kuasa di dunia lebih seimbang dan rasional.

Selain itu, China yang sedang menggalakkan transformasi ekonomi mempunyai produk dan teknologi yang maju yang boleh dieksport ke negara luar. Ini juga selaras dengan keperluan Afrika.

Menurutnya lagi, China berharap dapat menaiktaraf kerjasama dengan Afrika.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China