Cari:
WEF: Kehadiran PM Li Tingkat Keyakinan Dunia Terhadap Ekonomi China
2015-01-19 17:17:00 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri Sidang Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) ke-45 iaitu Forum Davos 2015 yang diadakan di Davos, Switzerland pada 21 hingga 24 Januari nanti. Wakil tetap China ke Pejabat PBB di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, Wu Hailong menyatakan bahawa lawatan PM Li ke Davos ini akan meningkatkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap prospek pembangunan ekonomi China.

Wu berkata, PM Li akan mengemukakan pandangan China mengenai situasi antarabangsa, situasi ekonomi dunia dan cara penyelesaian masalah berkenaan dalam Forum Davos, selain memperincikan dasar hal-ehwal luar dan domestik China.

Menyentuh mengenai pemilihan "Situasi Baharu Global" sebagai tema forum tersebut, Wu berpendapat, seiring dengan hubungan China dan dunia yang semakin erat, "Situasi Baharu Global" itu mempunyai kaitan rapat dengan pembangunan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China