Cari:
WEF: Dunia Nanti-nantikan Suara China
2015-01-20 15:39:28 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang bertolak ke Davos hari ini untuk menghadiri Sidang Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF), iaitu Forum Davos 2015, selain mengadakan lawatan kerja ke Switzerland.

Lawatan ini merupakan lawatan yang julung-julung kali diadakan oleh pemimpin utama China ke luar negara pada tahun 2015. Dengan latar belakang situasi ekonomi global yang masih tidak menentu, sementara China sedang memperincikan pembaharuannya, suara yang bakal dikeluarkan oleh negara ini dalam WEF turut mendapat perhatian dunia.

Dalam lawatan PM Li ini, bank pusat China dan Switzerland akan menandatangani perjanjian kerjasama yang berkaitan. Kedua-dua pihak juga akan membincangkan isu-isu mengenai pembukaan cawangan pertama bank China di Switzerland serta pengantarabangsaan RMB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China