Cari:
WEF:PM Li Tiba di Switzerland
2015-01-21 12:27:05 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang tiba di Zurich petang 20 Januari waktu tempatan untuk menghadiri sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos dan mengadakan lawatan kerja di Switzerland.

PM Li berkata, WEF komited untuk merancakkan dialog dan komunikasi antarabangsa, membina konsensus dan membincangkan kaedah untuk menangani cabaran bersifat global, di samping memainkan peranan penting dalam menggalakkan pembangunan sistem tadbir urus global. Beliau menanti-nantikan sesi bertukar-tukar pendapat dengan para peserta mengenai topik-topik hangat, termasuk ekonomi global, situasi semasa antarabangsa dan serantau, pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta pembangunan ekonomi China.

Menyentuh hubungan China-Switzerland pula, Li berharap lawatannya kali ini dapat membantu mengukuhkan persahabatan tradisional serta kerjasama saling menguntungkan, khususnya dalam bidang kewangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China