Cari:
Abe: Gambar Pembunuhan Tebusan Jepun "Punyai Keaslian Tinggi"
2015-01-25 15:17:14 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengakui gambar pembunuhan tebusan warga Jepun oleh Kumpulan "Negara Islam" (IS) mempunyai "keaslian yang tinggi".

Kumpulan IS menyiarkan gambar berkenaan menerusi internet malam semalam. Dalam gambar itu, tebusan warga Jepun yang bernama Kenji Goto memegang satu gambar yang menunjukkan Haruna Yukawa, seorang lagi tebusan warga Jepun telah dibunuh. Bersama gambar itu juga disertakan rakaman percakapan Kenji Goto kepada anggota keluarganya dan kerajaan Jepun.

Kenji Goto dalam rakaman itu menyebut bahawa kumpulan IS tidak menuntut lagi wang tebusan untuk membebaskannya, tetapi menuntut membebaskan seorang anggota wanita yang kini ditahan di Jordan. Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata bahawa Jepun akan menjalankan kerjasama yang rapat dengan Jordan dengan pendirian "nyawa adalah paling diutamakan."

Shinzo Abe dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi tadi berkata, kerajaan Jepun tidak akan tertunduk kepada kumpulan pengganas.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China