Cari:
DPRK Mahu Perbaiki Hubungan dengan RoK
2015-01-25 15:55:25 CRI Cetak

Suruhanjaya Pertahanan Republik Rakyat Demokratik Korea(DPRK) hari ini mengeluarkan kenyataan membentangkan pendirian ke arah memperbaiki hubungan dengan Republik Korea(RoK), tetapi juga memberikan amaran kepada RoK supaya jangan menyifatkan saranan DPRK itu sebagai "tindakan yang tidak ikhlas" dan "tindakan bagi mengelakkan diri daripada sekatan antarabangsa."

Menurut kenyataan itu, pihak DPRK akan mengambil tindakan yang tegas sekiranya RoK tetap menolak saranan untuk menyediakan suasana yang baik kepada hubungan kedua-dua negara.

Selain itu, DPRK dalam kenyataan itu mengkritik RoK yang bakal mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan AS seperti yang dijadualkan pada tahun ini serta sokongan RoK terhadap sekatan baharu AS ke atas DPRK yang dijalankan atas alasan serangan siber terhadap Syarikat Soni AS.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China