Cari:
18 Maut dalam Konflik di Mesir
2015-01-26 14:22:08 CRI Cetak

Konflik yang tercetus di Mesir ketika ulang tahun ke-4 mantan Presiden, Hosni Mubarak digulingkan pada 25 Januari, mengakibatkan sekurang-kurangnya 18 orang maut.

Menurut laman sesawang akhbar Al-AHRAM Mesir, beberapa kumpulan yang menyokong mantan Presiden, Mohamed Morsi menyeru rakyat mengadakan tunjuk perasaan pada hari itu. Gerakan Pemuda 6 April yang diisytiharkan sebagai pertubuhan haram juga menyeru rakyat agar mengadakan perhimpunan di tempat awam yang dipilih oleh mereka. Konfik antara penunjuk perasaan dengan polis berlaku di beberapa tempat di Mesir.

Setakat malam semalam, sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam konflik tersebut. Antaranya jumlah korban di Kaherah mencecah 11 orang, termasuk seorang anggota polis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China