Cari:
Hubungan AS, India Diharap Bermanfaat untuk Kedamaian Serantau
2015-01-27 14:01:18 Agensi Berita Xinhua China Cetak
AS dan India merupakan negara yang berpengaruh di rantau Asia Pasifik. Perkembangan hubungan kedua-dua negara diharap dapat memberikan manfaat bagi menggalakkan kesalingpercayaan dan kerjasama antara negara-negara di rantau ini demi ketenteraman dan kemakmuran serantau.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata demikian dalam sidang media di Beijing semalam.

Berhubung dengan isu keanggotaan India dalam Kumpulan Pembekal Nuklear (NSG), Hua berkata, China mengekalkan pendirian bahawa pertambahan anggota NSG patut membantu meningkatkan keefisienan dan kewibawaan kumpulan ini. China sudah mengambil maklum terhadap komitmen dan usaha India untuk mengawal senjata nuklear.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mengadakan pertemuan dengan Presiden AS, Barak Obama di New Delhi Pada 25 Januari lalu. Pertemuan itu menyaksikan kemajuan kedua-dua pihak dalam kerjasama tenaga nuklear untuk kegunaan awam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China