Cari:
Pembinaan di Pulau Nanji Perkara Biasa
2015-01-29 12:21:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Projek China di Pulau Nanji adalah projek pembinaan biasa.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata demikian dalam sidang media semalam ketika menjawab soalan berhubung dengan dakwaan tindakan China membina pangkalan tentera di Pulau Nanji bertujuan untuk menyerang Pulau Diaoyu.

Hua berkata, Pulau Nanji terletak 30 batu nautika dari muara Sungai Aojiang, kaunti Pingyang, provinsi Zhejiang. China menjalankan aktiviti pembinaan yang biasa dilakukan di wilayah sendiri. Hal ini tidak patut dispekulasikan.

Kepulauan Nanji yang terdiri daripada 52 buah pulau terletak 56 kilometer dari Pelabuhan Sungai Aojiang kira-kira 150 kilometer dari Taiwan, China.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China