Cari:
Rundingan Isu Ukranie di Minsk Gagal
2015-02-01 15:09:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Rundingan antara kumpulan perhubungan tiga pihak isu Ukranie, iaitu Ukranie, Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), Rusia dengan pihak kumpulan pemberontak timur Ukranie yang diadakan di Minsk, Belarus pada 31 Januari lalu mengalami kegagalan. Demikian dinyatakan oleh Bekas Presiden Ukranie, Leonid Kuchma di Minsk semalam.

Menurut laporan Agensi Berita Interfax Ukranie, rundingan itu berfokus kepada pelaksanaan Perjanjian Minsk. Namun, kumpulan pemberontak menolak membincangkan rancangan gencatan senjata dan mengundurkan senjata berat dengan segera dari kawasan berkenaan mengakibatkan rundingan itu gagal mencapai apa-apa kemajuan.

Dalam pada itu, Kuchma menyatakan bahawa perjanjian yang ditandatangani pada 5 September dan 19 September tahun 2014 di Minsk mesti dilaksanakan secara menyeluruh dan tanpa syarat. Pembentukan mekanisme gencatan senjata merupakan hal yang paling penting pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China