Cari:
Ban Ki-moon Kutuk Keras Pembunuhan Tebusan Jepun
2015-02-01 14:14:54 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengutuk keras pembunuhan yang disyaki terhadap tebusan Jepun, Kenji Goto selepas kumpulan pengganas Negara Islam (IS) menyiarkan video berkenaan.

Pejabat jurucakap Ban Ki-moon malam semalam mengeluarkan kenyataan yang berkata Ban Ki-moon dengan perkataan yang paling keras mengutuk pembunuhan itu serta menyampaikan simpati kepada keluarga Kenji Goto, rakyat dan kerajaan Jepun.

Ban Ki-moon menegaskan bahawa pembunuhan itu menggambarkan ramai orang di Iran dan Syria sedang menghadapi ancaman keganasan. Beliau sekali lagi menggesa IS dan pertubuhan lain membebaskan semua tebusan tanpa syarat.

Video berhubung pembunuhan itu disiarkan IS mnerusi internet pada malam semalam. Dalam video itu, Kenji Goto dibunuh oleh seorang militan bertopeng hitam dengan pisau. Pembunuh itu menyatakan IS akan membunuh orang Jepun lagi pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China