Cari:
Jepun Komited Jamin Keselamatan Warga Jepun di Seberang Laut
2015-02-01 15:26:40 CRI Cetak

Selepas kumpulan pengganas Negara Islam (IS) menyiarkan video berhubung pembunuhan yang disyaki terhadap tebusan Jepun Kenji Goto, Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga menyatakan, kerajaan Jepun komited akan memperhebat usaha untuk menjamin keselamatan warga Jepun di seberang laut, disamping menasihatkan warga Jepun menjaga keselamatan diri sendiri.

Dalam sidang media pagi tadi, Yoshihide Suga menyatakan bahawa melalui penganalisisan jabatan berkenaan, video tersebut berkemungkinan besar daripada IS, dan orang yang dibunuh itu berkemungkinan besar Kenji Goto.

Yoshihide Suga menyatakan bahawa sejak kejadian tebusan itu berlaku hingga sekarang, IS tidak pernah berhubung secara langsung dengan kerajaan Jepun. kerajaan Jepun tidak akan bertolak ansur terhadap faham keganasan. Yoshihide Suga turut menafikan pembaharuan terhadap dasar keselamatan yang sedang diperkenalkan kerajaan Shinzo Abe berkaitan dengan kejadian tebusan ini dan juga menafikan Pasukan Pertahanan Diri Jepun akan memberikan sokongan kepada pasukan tentara negara lain untuk melancarkan serangan udara terhadap IS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China