Cari:
Angka Kematikan Akibat Serangan Bom di Pakistan Meningkat Menjadi 61 Orang
2015-02-01 15:38:26 CRI Cetak

Menurut laporan media Pakistan semalam, serangan bom yang berlaku di masjid di kawasan Shikarpur, provinsi Sindh petang kelmarin telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 61 orang maut.

Ketua Pengarah Biro Siasatan Jenayah Pakistan menyatakan bahawa seorang penyerang yang berumur kira-kira 20 tahun meletupkan bom yang dipasang pada badannya ketika berada dalam masjid itu. Bahan letupan itu sekurang-kurangnya seberat lima kilogram.

Kerajaan provinsi Sindh mengisytiharkan 31 Januari sebagai hari berkabung. Ramai penduduk mengadakan tunjuk perasaan membantah serangan bom itu di pelbagai tempat di provinsi Sindh.

Kerajaan Pakistan telah mengarah siasatan terhadap kejadian itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China