Cari:
Majlis Keselamatan PBB Kecam IS
2015-02-02 12:43:38 CRI Cetak
Majlis Keselamatan PBB dalam kenyataan semalam mengutuk tindakan kumpulan militan Negara Islam (IS) memancung seorang lagi tebusan warga Jepun, Kenji Goto, sebagai perbuatan yang amat kejam, sekali gus komited untuk membanteras kumpulan pelampau itu.

Kenyataan berkenaan turut menyatakan tindakan IS yang sangat kejam itu sekali lagi mengingatkan bahawa wartawan yang bertugas di Syria kini berhadapan dengan ancaman yang semakin besar.

Majlis Keselamatan PBB menegaskan bahawa adalah mustahak untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan, sekali gus menyeru pelbagai negara supaya bekerjasama dengan kerajaan Jepun bagi menangani perkara berkenaan.

Dalam pada itu, pihak-pihak yang berkonflik juga digesa supaya menunaikan kewajipan yang ditetapkan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa demi menjamin keselamatan rakyat jelata.

IS mendakwa dalam satu klip video yang disiarkan di Internet kelmarin mereka telah membunuh tebusan Jepun, Kenji Goto, 49 tetapi tidak menyebut nasib juruterbang Jordan yang turut ditawan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China