Cari:
China, Rusia Janji akan Menjayakan Aktiviti Memperingati WWII
2015-02-03 17:07:15 CRI Cetak
China, Rusia Janji akan Menjayakan Aktiviti Memperingati WWII

China dan Rusia serta masyarakat antarabangsa seharusnya menjayakan aktiviti-aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Dunia Kedua (WWII).

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping, ketika bertemu dengan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, di Beijing semalam.

Xi berkata, aktiviti berkenaan sepatutnya memaparkan sumbangan besar China dan Rusia yang masing-masing merupakan medan perang utama WWII di Timur dan di Barat dalam perang anti-Fasis dan usaha memelihara kedamaian dan keselamatan antarabangsa pasca perang.

Lavrov pula berpendapat kerjasama Rusia-China sangat bermakna bagi keamanan global. Oleh itu, pihaknya akan berusaha bersama-sama dengan China demi menjayakan aktiviti berkenaan dan menjaga prinsip dan tujuan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China