Cari:
Juruterbang Jordan Dibakar Hidup-hidup
2015-02-04 14:53:07 CRI Cetak

Pihak tentera Jordan semalam mengumumkan bahawa pihaknya akan bertindak balas terhadap kekejaman kumpulan militan Negara Islam (IS) yang membakar hidup-hidup juruterbang negara itu, Moaz al-Kasasbeh, sehingga diragut nyawa.

Raja Jordan, Abdullah II malam tadi dalam kenyataan melalui siaran TV meluahkan rasa sedih terhadap Moaz yang terkorban, sekali gus merayu kepada rakyatnya supaya bersatu padu.

Dalam pada itu, pihak tentera negara itu dalam kenyataan turut mengancam akan membalas kejahatan IS.

Majlis Keselamatan PBB dan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pula masing-masing dalam kenyataan mereka mengutuk keras kekejaman kumpulan pelampau itu, sekali gus menggesa pelbagai negara supaya mengintensifkan operasi membanteras IS.

Sebuah video yang disiarkan dalam Internet oleh IS semalam menunjukkan keganasan mereka dengan membakar hidup-hidup juruterbang warga Jordan, Moaz al-Kasasbeh, sehingga diragut nyawa. Video yang masih belum dipastikan keasliannya itu kelihatan seseorang sedang berdiri di dalam kurungan dalam keadaan terbakar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China