Cari:
Pesawat Taiwan Terhempas, 32 Maut
2015-02-05 16:58:32 CRI Cetak

Setakat pukul 1.45 petang tadi, seramai 32 orang, antaranya termasuklah 17 dari Tanah Besar China terkorban dalam nahas pesawat ATR-72 yang terhempas di sebatang sungai di Taiwan semalam.

Insiden itu berlaku kira-kira pada pukul 11 pagi semalam apabila pesawat yang membawa 58 penumpang itu, baru beberapa minit berlepas dari Lapangan Terbang Songshan di utara Taipei menuju ke Pulau Kinmen, secara tiba-tiba menjunam ke Sungai Keelung dan sayap pesawat pula berlanggar dengan jambatan menyebabkan serpihan bertaburan.

Dimaklumkan, seramai 31 pelancong dari Tanah Besar China menaiki pesawat itu, sebahagian daripada dua kumpulan yang mengikuti lawatan ke Taiwan. Kini, anggota keluarga mangsa berkenaan berlepas ke Taipei untuk menguruskan perkara berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China