Cari:
Siasatan Nahas Taiwan Fokus kepada Kegagalan Enjin
2015-02-07 14:45:50 CRI Cetak

Kegagalan satu enjin pesawat TransAsia yang terhempas di Taiwan Rabu lalu hingga mengorbankan 35 nyawa serta kemungkinan juruterbang mematikan satu lagi enjin menjadi tumpuan siasatan.

Pengarah Urusan Majlis Keselamatan Udara Taiwan, Thomas Wang dalam sidang media semalam berkata, rekod kotak hitam pesawat itu menunjukkan bahawa enjin sebelah kanan pesawat berkenaan "mati" kira-kira dua minit selepas berlepas dari lapangan terbang di utara Taipei. Isyarat amaran berbunyi dalam kokpit dan enjin sebelah kiri kemudian dimatikan secara manual oleh juruterbang atas sebab yang belum diketahui. Juruterbang itu cuba menghidupkan semula kedua-dua enjin tetapi gagal.

Laporan siasatan punca nahas berkenaan akan didedahkan dalam tempoh 30 hari nanti.

(sumber Berita Harian)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China