Cari:
UAE Hantar Skuadron F-16 ke Jordan Perangi IS
2015-02-08 14:36:18 CRI Cetak

Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menghantar satu skuadron jet pejuang F-16 ke Jordan untuk menyertai serangan udara terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) bersama tentera Jordan.

Tindakan ini memperlihatkan sokongan UAE terhadap kerajaan Jordan dan rakyat negara itu. Kerjasama pragmatik antara negara-negara Arab diyakini dapat membantu menghapuskan rangkaian keganasan di peringkat akar umbi di rantau ini.

Jordan melancarkan serangan ke atas kubu-kubu kumpulan IS di Syria dan Iraq sejak Khamis lalu sebagai tindak balas berhubung pembunuhan kejam terhadap seorang banduan warga Jordan yang juga seorang juruterbang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China