Cari:
Jerman Mahu Keselamatan Eropah
2015-02-08 15:02:39 CRI Cetak

Jerman bersedia bersama-sama Rusia demi mewujudkan keselamatan Eropah.

Demikian dinyatakan Canselor Jerman, Angela Merkel pada Persidangan Keselamatan Munich semalam.

Merkel berkata, perpecahan antara Eropah bakal menjejaskan kepentingan semua pihak. Oleh itu, Jerman enggan berkonfrontasi dengan Rusia, melainkan bersedia bersama dengannya untuk merealisasikan keselamatan Eropah.

Dilaporkan, Merkel beserta Presiden Perancis, François Hollande dan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang mendraf satu dokumen mengenai pelaksanaan Perjanjian Minsk yang merangkumi usul-usul Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan Presiden Rusia, Vladimir Putin. Dokumen berkenaan bakal diserahkan kepada pihak-pihak berkonflik di Ukraine.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China