Cari:
Pemimpin Empat Negara Bincang Krisis Ukraine
2015-02-09 14:38:55 CRI Cetak

Pemimpin Jerman, Perancis, Rusia dan Ukraine telah mengadakan mesyuarat melalui telefon semalam dan memutuskan untuk mengadakan pertemuan di Minsk pada 11 Februari nanti untuk membincangkan krisis Ukraine.

Jurucakap kerajaan Jerman, Steffen Seibert menyatakan, pemimpin keempat-empat negara telah membincangkan langkah-langkah untuk mencapai pelan menyeluruh demi menyelesaikan krisis di timur Ukraine. Pelan berkenaan sedang dalam penyusunan.

Di samping itu, pihak-pihak yang terlibat dengan Perjanjian Minsk, iaitu Pertubuhan Keselamatan Eropah, Rusia dan Ukraine serta wakil daripada kumpulan militan di timur Ukraine juga akan mengadakan pertemuan di Minsk pada 11 Februari nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China