Cari:
Ban Ki-moon Gesa Krisis Syria Diselesaikan Melalui Rundingan
2015-02-09 14:23:19 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menggesa pelbagai pihak di Syria menyelesaikan krisis melalui rundingan.

Beliau dalam rangka lawatannya ke Arab Saudi melahirkan kebimbingan terhadap situasi yang kian meruncing di Syria semalam.

Menurut beliau, pelbagai pihak di Syria bertanggungjawab terhadap situasi yang semakin buruk di negara itu. Satu-satunya kaedah untuk menyelesaikan krisis adalah saluran politik.

Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa memberikan tumpuan kepada krisis kemanusiaan di Syria.

Ketika menyebut kumpulan militan Negara Islam (IS), beliau menyatakan PBB telah membuat persiapan untuk memberikan bantuan kepada operasi antikeganasan di kawasan Asia Barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China