Cari:
Syarikat Internet Dialukan Berkembang di China
2015-02-10 14:37:22 CRI Cetak

Ketua Pengarah Jabatan Maklumat Internet China, Lu Wei semalam berkata, dasar pembaharuan dan buka pintu China tidak akan berubah. China mengalu-alukan syarikat internet dari luar negara berkembang di negara ini dengan prasyarat syarikat berkenaan mematuhi undang-undang China dan tidak menjejaskan kepentingan negara dan kepentingan pengguna China.

Beliau berkata demikian dalam majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2015 yang dianjurkan oleh Jabatan Maklumat Internet China semalam. Seramai 135 duta besar dan diplomat serta 60 wakil syarikat dan media asing menyertai majlis tersebut.

Lu Wei berkata, China bersedia untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa, menggalakkan perkongsian dan pengurusan internet bersama dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelbagai negara, terutamanya di negara-negara membangun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China