Cari:
Obama: Mungkin Bekalkan Senjata Pemusnah kepada Ukraine
2015-02-10 15:58:13 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama menemui Canselor Jerman, Angela Merkel di White House semalam. Obama berharap agar krisis Ukraine dapat diselesaikan melalui saluran diplomatik, namun sekiranya usaha diplomatik gagal, AS akan mempertimbangkan kemungkinan untuk membekalkan senjata pemusnah kepada Ukraine.

Obama menegaskan, beliau masih belum membuat keputusan itu dan akan berbincang dengan rakan pemimpin negara yang lain.

Merkel pula menegaskan, tiada pelan ketenteraan untuk menyelesaikan krisis Ukraine pada masa ini dan pelbagai pihak patut meningkatkan usaha diplomatik.

Dalam perkembangan yang lain, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengadakan lawatan dua hari ke Mesir. Beliau menyeru masyarakat antarabangsa agar menggalakkan pihak-pihak yang terlibat dalam krisis Ukraine kembali ke meja perundingan. Tambah beliau, Rusia akan berusaha sedaya upaya untuk menggalakkan pihak berkuasa Ukraine berdialog dengan kumpulan militan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China